Aku sekadar bertanya. Tentang sesebuah situasi. Namun berlainan watak.
Situasi 1
Kau bergelar ibu/bapa. Mempunyai keluarga bahagia. Memiliki anak lelaki & perempuan.
Kesemuanya telah akil baligh. Entah di mana silapnya, suatu hari kau mendapat perkhabaran buruk.
Anak perempuan kau mengandung, luar nikah.
Namun, lelaki yang terlibat & keluarga lelaki itu datang mahu bertanggungjawab.
Menyelesaikan segalanya.
Apa yang akan kau lakukan?
Terhadap anak perempuanmu?
Terhadap si lelaki itu?
Situasi 2
Kau seorang perempuan.
Selama ini kau menjaga keperawanan kau sebaik mungkin.
Tapi entah mengapa, akhirnya kau menyerahkan perawanmu, kepada teman lelakimu.
Kerana, kau terlalu mencintainya.
Suatu hari, kau mendapat berita.
Kau telah mengandung, luar nikah.
Hasil dari bukti cinta dengan teman lelakimu.
Teman lelaki kau menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab.
Sanggup untuk menikahi kau, yang sudah mengandung benihnya.
Namun, apa yang terlintas di fikiranmu wahai perempuan?
Situasi 3
Kau bergelar seorang lelaki.
Bukan niatmu, mahu menyentuh seorang perempuan
sebelum tiba masa.
Tidak dapat mengekang nafsu membara,
Kau & teman wanitamu tenggelam.
Dengan nikmat dunia.
Suatu hari, teman wanitamu menyatakan dia telah mengandung.
Hasil dari bukti cinta kau & dia.
Apa yang kau akan lakukan?
Situasi 4
Kau bergelar seorang anak.
Berstatus luar nikah.
Bukan salahmu, bukan dosamu.
Tapi kau juga harus menanggung bebannya.
Terpalit dengan cacian, makian, hinaan semata.
Lantas, apa yang kau akan lakukan?
Cuba korang selami jiwa mereka. Merasakan apa yang mereka rasa.
Cuba.
P/s: Bergenang air mata aku, di saat aku menaip situasi ini.

