Tuesday, March 4, 2014

Sekadar Bertanya





Aku sekadar bertanya. Tentang sesebuah situasi. Namun berlainan watak.


Situasi 1

Kau bergelar ibu/bapa. Mempunyai keluarga bahagia. Memiliki anak lelaki & perempuan.
Kesemuanya telah akil baligh. Entah di mana silapnya, suatu hari kau mendapat perkhabaran buruk.
Anak perempuan kau mengandung, luar nikah.

Namun, lelaki yang terlibat & keluarga lelaki itu datang mahu bertanggungjawab.
Menyelesaikan segalanya.

Apa yang akan kau lakukan?
Terhadap anak perempuanmu?
Terhadap si lelaki itu?

Situasi 2 

Kau seorang perempuan.
Selama ini kau menjaga keperawanan kau sebaik mungkin.
Tapi entah mengapa, akhirnya kau menyerahkan perawanmu, kepada teman lelakimu.
Kerana, kau terlalu mencintainya.

Suatu hari, kau mendapat berita.
Kau telah mengandung, luar nikah.
Hasil dari bukti cinta dengan teman lelakimu.
Teman lelaki kau menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab.
Sanggup untuk menikahi kau, yang sudah mengandung benihnya.

Namun, apa yang terlintas di fikiranmu wahai perempuan?

Situasi 3

Kau bergelar seorang lelaki.
Bukan niatmu, mahu menyentuh seorang perempuan
sebelum tiba masa.
Tidak dapat mengekang nafsu membara,
Kau & teman wanitamu tenggelam.
Dengan nikmat dunia.

Suatu hari, teman wanitamu menyatakan dia telah mengandung.
Hasil dari bukti cinta kau & dia.

Apa yang kau akan lakukan?

Situasi 4

Kau bergelar seorang anak.
Berstatus luar nikah.
Bukan salahmu, bukan dosamu.

Tapi kau juga harus menanggung bebannya.
Terpalit dengan cacian, makian, hinaan semata.

Lantas, apa yang kau akan lakukan?

Cuba korang selami jiwa mereka. Merasakan apa yang mereka rasa.
Cuba.

P/s: Bergenang air mata aku, di saat aku menaip situasi ini.

9 comments:

  1. Situasi 5 : Bagaimana pulak yang kena rogol dan boleh mengandung anak orang yang telah merogol dia? - Hmmm
    Semua itu tiada jawapan. Semua takdir dah diatur oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...entri yang sangat menarik (y)
    betul cik kiera, semua telah diatur oleh Allah. Tapi kita sebagai hambaNya telah diberi kuasa untuk BERUSAHA mndptkan yg terbaik.

    Situasi 1 : ibubapa mestilah bertanggungjawab mendidik anak dari kecil dengan didikan islam. inshaAllah , mrk xkan terjebak dgn aktiviti2 yang x bermoral spt itu bila dah besar .

    situasi 2 & 3 : cuba elakkan bercouple ect. Allah s.w.t telah berfirman dlm surah An-Nur. "Janganlah kamu mendekati zina". so, dari mula lagi segala benda wlpn temeh2 yg akn membwa kpd zina, WAJIB dielakkan. inshaALLAH situasi nasi telah menjadi bubur sbegini x kan berlaku.

    situasi 4 : kesian anak ni. mungkin hidup dia boleh diselubungi depression dan anxiety yg meluak2. apa-apa pun, anak ini masih ada harapan untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat. berikanlah dia didikan islam dari kecil. Agar dia membesar mjd insan yg redha dan dpt menerima qada' dan qadar dgn berlapang dada..inshaAllah.

    Situasi 5 : jagalah aurat dan batas pergaulan..dlm al-quran pun Allah dah pesan :)

    inshaAllah, apa-apa pun masalah yg menimpa kita, semuanya ada solusi yg Allah sediakan dlm al-Quran..

    ~Islam is the way of life~

    P.S: apa-apa pun, hidup saya pun takdelah sempurna..saya pun mempunyai struktur keluarga yang lain dari teman-teman saya. tapi saya cuba kuat..percaya bahwa Allah itu Maha mengetahui, Maha pengasih dan Maha penyayang. InshaALLAH, masih banyak nikmat yang boleh membuatkan kita tersenyum dikala ini..bersyukurlah :)

    salam ukhuwwah !

    ReplyDelete
  3. situasi di atas semuanya susah untuk kita hadapi.
    jadi, kita harus sentiasa menjaga kehormatan diri,
    dekatkan diri dngn Allah,
    jauhi maksiat,
    jauhi zina.
    In shaa Allah kita tak perlu hadapi seperti situasi di atas =D

    ReplyDelete
  4. first situation tu happened dekat orang yang ee kenal. i mean pernah lah sembang and i knew her.
    dia pregnant anak boyfriend dia. and lelaki ni nak tanggungjawab.
    but too dismay. dia pulak taknak dekat lelaki tu.
    i dunno why. even her dad pun agree kalau diorang nak menikah. and im so sorry with tht guy yang berkali datang sebab nak tanggungjawab. i thought dia sayangkan anak dia tu.

    and budak tu dah lahir dah pun. family perempuan tu jaga. and told ppl around them yang tu anak angkat depa.

    so im wondering. what if kalau diorang menikah ja. inshaAllah bahagia.
    but yaaa. kita pun tak tahu apa reason perempuan tu taknak kat lelaki tu. maybe ada sebab lain. we cant judge her kan.
    hehehe.

    ReplyDelete
  5. Allah .. a very nice and touched writing ..

    ReplyDelete
  6. muni penah ada kawan yang hadapi situation mcm kat atas . . situation yang dua2 hanyut dengan asmara . lastly ngandung . n laki nak tanggungjawab tapi parents perempuan pulak tak kasi . . lastly anak dilahirkan dan diserahkan kat orang lain . . n kawan muni n boy dya dua2 putus di tengah jalan . . who should be blame ?

    harap semua situation atas tak terkena dekat kita mahupun family kita . .

    ReplyDelete
  7. situasi 4 paling sayu je. ppl slalu put a blame on mereka yg "anak luar nikah" padahal bkn salah mereka n they never asked untuk dilahirkan sedemikian rupa. sedehh ;(

    ReplyDelete
  8. situasi 4 kenapa smua orang menyalahkan mereka padahal mereka tak bersalah pun , rasanya susah nak jawab situasi 1 , 2 , 3 tu, tapi kalau kita jauhi zina insyaallah benda macam begini takkan berlaku :)

    ReplyDelete