Monday, March 3, 2014

Ceritera Hidup




i.
Ada manusia,
dulu hidupnya susah.
Tiada siapa mahu memandangnya.
Namun,
semangat tidak putus asa,
dia bangkit.
Mencari rezeki.
Bermandi keringat.
Akhirnya, dia berjaya membina empayar buatnya sendiri.

ii.
Ada pula,
hidupnya mewah.
Dilimpahi harta benda sedari kecil.
Kerana terlalu leka,
dan merasakan harta tidak akan habis.
Dia hilang pedoman.
Lupa pada dunia,
Segala-galanya.
Akhirnya,
di penghujung hidupnya
dia muflis.

Kita mahu yang hidup yang bagaimana? Tanya diri sendiri.


3 comments:

  1. ii is out of my list. hidup bersederhana is much better. insyaAllah lagi aman bahagiaaaa :D

    ReplyDelete
  2. tepuk dahi tanya hati. hmm. nak hidup biasa biasa je mampu beli apa yang nak mampu bahagiakan orang lain. inshaAllah. nak keluarga yang bahagia. ehehe.

    ReplyDelete
  3. of course la nak hidup dalam bersederhana jaaa... asalkan bahagia dengan family tercinta n tak lupa yang maha penciptaa... ^_^

    ReplyDelete