Thursday, March 13, 2014

Bisikan Rindu


Bila kekasih merindui,
si dia akan menghubungi
dan bertanya khabar.
Berbual denganmu,
untuk meleraikan rindu
yang berbuku di hati.
Bila Allah
merindui diri kita,
Dia memberi kita,
sebuah ujian.
Agar kita,
mencariNya,
mengadu kepadaNya.
Dia rindu,
hendak mendengar doa
dan rintihan hambaNya.
yang telah lama tidak
mencari diriNya.
Saat terdengar telefon bimbit berdering, laju je kan kita angkat panggilan telefon tu? Lebih lagi bila,
kekasih/tunang/suami/isteri yang telefon diri kita.
Tapi bila Allah panggil kita, cepat tak kita sahut panggilanNya?

Bila kita senang, ada tak kita luangkan masa walau sesaat untuk mengucapkan "Alhamdulillah"?
Atau, hanya bila kita susah, baru kita terhegeh-hegeh nak bentang sejadah, menadah tangan, pohon doa kepadaNya?

Allahu Rabbi,
masih banyak lagi kelemahan diri aku.
terlalu jauh antara aku dengan Allah.

Semoga Allah masih menerima diriku. Aku mahu berhijrah. 
Dari jahat kepada baik. Cukuplah aku jahil untuk masa lalu, tapi tidak untuk masa hadapan.

Quote: If God answers your prayer, He is increasing your faith. If He delays, He is increasing your patience. If He doesn't answers your prayer, He is preparing the best for you.

6 comments:

  1. Ya sokong dengan Anis . Manusia hanya ke Allah apabila berasa susah kalau berasa senang sebaliknya , sepatutnya mereka sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.

    ReplyDelete
  2. betul tu.. sekarang, satu Malaysia ni dia uji dengan cuaca yang panas, jerebu dan kehilangan pesawat. adakah kita akan kembali kepada-Nya, merintih kepada-Nya, bersujud kepada-Nya.

    ReplyDelete
  3. panggilan ALLAH lagi penting.. thanx atas ingatan..kdang2 kite sering lupe ucapkan terima kasih pd ALLAH yg telah menghidupkan kite utk terus melalui hidup nie.. hurmm alpa dan lalai dlm diri manusia xpernah habis.. moge2 kite sentiase menjadi manusia yg bersyukur..aminn..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bebanyak post ni sangat best <3

    ReplyDelete