Sunday, March 9, 2014

Misteri



Dah 3 hari. Tapi bayang pesawat MH370 masih belum memunculkan diri.
Walaupun tak ada ahli keluarga aku kat dalam pesawat tu, terselit rasa sebak. Sedih.
Aku mengerti perasaan mereka yang "kehilangan" ahli keluarga. Kalau aku sebahagian dari mereka,
aku juga tidak akan gagah untuk mendengar berita itu.

Mungkin,
doa kita semua belum cukup kuat untuk "memulangkan" kembali
pesawat tersebut. Oleh itu, kita kena terus berdoa. Tanpa henti.
Mungkin Allah SWT merindui seluruh umat-Nya bersatu, dalam doa.

Aku tak nak cakap banyak mengenai isu ni.
Aku cuma diam. Memerhati. Membaca. Menilai.
Kalau aku ada 'teori' mengenai kehilangan pesawat tu pun, lebih baik berdiam diri.
Sebab, aku tak mahu jadi seperti sesetengah orang suka menyebar cerita itu, ini pasal
MH370 walhal langsung tak sahih.

Amaran dari pihak polis.


12 krew kapal MH370

Buat rakyat Malaysia yang tak berperikemanusiaan, sebelum nak post sesuatu tu, 
fikir dulu pakai otak.
Allah dah beri otak untuk berfikir, jadi gunakan ia.
Jangan cakap ikut sedap kau je. Belas kasihanlah dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Cukup mereka terguris dengan kehilangan mereka, jangan ditambah lagi dengan kata-kata kau
yang menyakitkan hati di alam maya ni.

La Tahzan, Innallah Ma'ana.


5 comments:

  1. banyak sangat spekulasi yang dibuat.. sepatutnya kita semua mendoakan semoga mereka semua selamat..

    ReplyDelete
  2. semoga mereka selamat dan dilindungi Allah :D amin!

    ReplyDelete
  3. sama2lah kita mendoakan agar penumpang dan anak kapal MH370 berada dlm naungan rahmat dan redha Allah

    ReplyDelete
  4. sekarang pun negara lain dah buat2 cerita pasal benda ni. hmm. kecewa..

    ReplyDelete