MESTI korang tertekan apabila mempunyai perut yang buncit dan penuh dengan benjolan lemak. Ada 3 perkara yang perlu dielak dan 3 langkah untuk tampil dengan perut kempis. Jom langsing!
ELAKKAN :-
1)
Gelojoh - Kunyah makanan secara perlahan dan telan makanan agar ia benar-benar hancur. Menelan makanan terlalu cepat dan tidak dihadamkan dengan sempurna akan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang boleh membentuk perut buncit.
2)
Garam - Pengambilan garam yang banyak boleh menyebabkan pertambahan sodium dalam badan lantas melambatkan mekanisme sehingga menyebabkan perut rasa penuh dan mula mengembung ke hadapan. Kalau nak tahu, makanan ringan mengandungi banyak garam. Maka, jauhi snek!
3)
Makan lewat malam - Jauhi mengambil makanan berat pada lewat malam kerana makanan lambat hadam dan selebihnya disimpan sebagai lemak.
Amalkan :-
1)
Air - Jika rasa perut kembung kerana dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, korang boleh mengurangi masalah itu dengan minum lebih banyak air. Pengambilan air dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar dari tubuh. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan benda asing dalam badan.
2)
Buah-buahan - Pengambilan serat buah-buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan perut menjadi kembung.
3)
Sit up - Ia senaman dan perkara yang paling mudah selepas korang bangkit dari tidur. Lakukan senaman perut misalnya sit up setiap pagi. Mengamalkan sit up dapat membantu meratakan dan membentuk otot di bahagian abdomen perut.
Gambar kredit : Google Images
No comments:
Post a Comment