Assalamualaikum & salam sejahtera.
Rookie Leviosa.
Itu nama blog aku. Nak kata newbie tu tak juga sebenarnya sebab sebelum ni pernah buat blog,
tapi dah delete. Maklumlah masih budak hingusan, apa yang di post pun semua mengarut-ngarut.
Tapi rasa 'dipanggil' kembali untuk ber-blogging semula. Tak tahu kenapa, mungkin ada sesuatu.
Untuk blog yang baru ni, bercadang mahu kongsi information yang aku tahu.
Tak salah nak berkongsikan? Berkongsi itu kan amalan mulia. Ceh.
Setakat ni,
tu je lah rasanya. Masih dalam proses membina blog. Banyak yang nak kena buat.
Boleh dikira aku ni 'cerewet' juga dalam bab-bab blog ni (terkenang masa dulu) hahaha.
Mesti semua nak nampak kemas dan cute (mohon jangan panas).
Alhamdulillah,
Biar pun aku pening kepala tengok new interface ni, sekurang-kurangnya apa yang aku buat ni menjadi
dan nampak cute (jangan panas). Sungguh, aku rasa nak sakit otak tengok blog yang serba serbi baru, tambah lagi tutorial-tutorial yang ada hampir kesemuanya ikut interface yang lama. Apa boleh buat, terpaksalah ikut step by step. Perlahan-lahan.
Post seterusnya? In Sha Allah, coming next. Masih dalam proses edit blog lagi ni.
Ada lagi yang aku tak puas hati (teruk gila perangai aku)
Nasib baik ada tutorial, kalau tak aku tahu apa yang jadi kat blog aku ni.
Terima kasih diucapkan kepada blog yang terlibat:
1) Lyssa Secret - hampir semua yang aku buat, semuanya berdasarkan tutorial dia ni.
2) Sherry Shuici - yang ni, aku tengok tutorial transparent header & download gimp. (Dah lama tak buat maka jadi hilang ingatan)
Ok, cukup.
Boleh letak follower widget tak?Senang nak follow..kalau guna follow tepi dashboard kat atas tu,dah limit..thanks.. :)
ReplyDeleteOk, dah letak follower widget! Selamat meng-follow :)
Delete