Suka gila dengan coklat. Coklat digemari dari semua peringkat umur, baik dari umur muda hingga tua, semuanya pasti pernah menikmati coklat yang enak ni.
Sebut je pasal coklat, mesti ramai di antara korang ni menganggap coklat adalah gizi yang tidak sihat dan mampu membuat korang jadi gemuk! Ha, dah salah tu. Sebenarnya, coklat ni ada khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu untuk berdiet pun coklat ada disarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Tak percaya? Jom baca pasal kebaikan coklat ni!
KEBAIKAN COKLAT
1- Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
2- Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.
3- Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari.
4- Coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
5- Coklat bebas dari kolestrol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolestrol dalam darah.
6- Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol.
7- Koko mengandungi theobromina yang memberikan kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.
Ok, itulah serba sedikit tentang kebaikan coklat. Jadi, tak perlu takut untuk menikmati coklat yang sedap ni. Rugi kalau tak makan. Tapi awas, jangan berlebih-lebihan!
Ada juga persepsi yang mengatakan coklat ni membawa keburukan, contohnya menyebabkan jerawat, menggemukkan dan sebagainya. Oh, itu tidak benar! Perkara yang menyebabkan benda tu terjadi bukan disebabkan oleh Sang Coklat ni. Jom baca sikit lagi mengenai yang tidak benar tentang coklat.
1 - MENYEBABKAN JERAWAT
Sebaliknya amalan pemakanan yang kurang baik menjadi punca utama jerawat. Korang lebih mudah menyalahkan coklat je. Sebenarnya, perubahan hormon ketika baligh ditambah pula dengan pengambilan kurang zink dan banyak iodin menjadi punca utama jerawat tumbuh. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, di mana jika tersumbat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.
2- MENGGEMUKKAN
Sebenarnya, gemuk berlaku kerana makan dengan berlebihan. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi dengan senaman kardiovaskular adalah rahsia berat badan sihat. Paling penting, tahap kecergasan bukan penurunan berat badan. Tak ada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan sebaliknya yang menentukan berat badan ialah jumlah makanan yang diambil.
3- DIABETES
Sebenarnya penghidap diabetes boleh menikmati coklat tetap secara sederhana mengikut nasihat pakar pemakanan. Persatuan Britain dan Persatuan Dietitik Amerika kini mengakui bahawa pengambilan gula atau makanan bergula dalam jumlah yang terhad sebagai diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.
4- SAKIT JANTUNG
Sebenarnya, punca utama kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat seperti merokok, kurang senam, makanan tidak seimbang dan berlemak tepu. Coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolestrol LDL). Hasil kajian menunjukkan asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tak memberi kesan pada kolestrol darah.Jadi, adakah korang masih nak menyalahkan coklat? Tepuk dada, tanya perut!
Adios xx_
Gambar kredit : weheartit.com
No comments:
Post a Comment