Manusia itu;
ibarat daun.
Pada mulanya,
tumbuh mekar di pokok.
Daun malar hijau.
Cantik.
Meliuk lentok
tatkala di tiup angin sepoi-sepoi bahasa,
mencorak irama,
terhasil desiran.
Namun;
tiba masanya,
daun itu semakin layu,
bertukar warna.
Saat itu;
Pabila ditiup angin,
gugur.
Di atas tanah,
lalu mereput.
Kita ni ibarat daun. Hari mekar hijau, esok dah layu layuan. Akhirnya mati. Tapi sebelum kita menghadap Pencipta kita Yang Maha Esa tu, perbanyakkan amalan. Kita tak tahu bila giliran kita. Bila-bila masa sahaja boleh dipanggil. Tapi, bersediakah kita?
Yang kat atas tu aku buat sendiri.
Hentam saja lah labu! Puisi ke apa ke, aku sendiri tak pasti.
Hehe.
Adios xx_
eh, hoke hape..hehe. ^_^
ReplyDeleteTerima kasih Ayu :)
Deletebetul tu.. ada juga daun hijau yang dah gugur.. jadi kita mesti bersedia dengan amalan yang secukupnya..
ReplyDeleteSetuju~
Deleteagree kak. haihh entahlah. rasa banyak dosa. hm. sama sama kita beramal. emmmm TT__TT
ReplyDeleteanyway. pandai jugak akak puisi ehhh. amboi. hehe.
Moh le kita banyak beramal, semoga segala amalan diterima :)
DeleteAkak pandai, pandai hentam. Hahaha :D
salam...cantik maksud puisi tu...
ReplyDeleteKalau memandang pokok yang menghijau janganlah sekadar untuk pasti menyegarkan pandangan. Tapi, ada makna lain yang harus direnungkan, Satu ketika nanti pokok2 akan patah rantingnya, terkopak dahannya dan akan lemah akarnya. Lalu, tersungkurlah ia menyembah ke bumi. Begitulah dengan kehidupan kita ini. Satu ketika nanti, pasti akan menemui noktahnya.
ReplyDeletehttp://www.bicaradariaku.com/2011/01/jessica.html