Sunday, February 23, 2014

Tips: Peperiksaan

Hi korang semua!


Semalam dah update, hari ni update lagi. Wah, gila semangat. Tapi hari ni bukan curhat. Hari ni aku nak kongsi tips untuk bebudak yang menghadapi peperiksaan. Nampak ketinggalan? Biarlah! Blog aku ni. Baca je la ya! Tambah pengetahuan korang (sengih kambing).

Selagi korang masih belajar tu, memang tak dapat lari dari peperiksaan, kan? Mana boleh lari, dah nama pun belajar, mesti ada sedikit ujian untuk menentukan tahap kefahaman korang tu di mana. Sama ada korang betul-betul faham atau buat-buat faham je sebenarnya. Haaa. 

Ok, ni ada tips apa yang perlu dielakkan & perlu dilakukan untuk korang yang bakal menghadapi peperiksaan.

ELAKKAN

1 Memikirkan perkara-perkara yang boleh mengganggu fikiran & ketenangan diri korang - gaduh dengan boyfriend/girlfriend, gaduh dengan kawan, gaduh dengan kucing tolak tepi dulu.

2 Menganggap bahawa peperiksaan itu susah - dah nama pun peperiksaan, mana ada benda senang dalam dunia ni. Hahaha (gelak jahat)

3 Berfikir tentang masalah yang mungkin korang temui selepas peperiksaan.

4 Berfikir tentang kegagalan yang mungkin bakal diterima selepas peperiksaan.

5 Takut pada peperiksaan - peperiksaan tak makan korang, dia cuma tanya soalan je.

6 Membuat perbandingan antara kebolehan diri korang dengan rakan-rakan yang lain.

LAKUKAN

1 Tumpukan sepenuh fikiran korang terhadap peperiksaan.

2 Beranggapan bahawa segala soalan peperiksaan adalah soalan-soalan yang korang dah buat sebelum ni.

3 Beranggapan bahawa peperiksaan itu hanya menguji sesuatu yang korang dah baca.

4 Bayangkan keseronokan yang bakal korang alami bersama keluarga ketika menerima keputusan.

5 Beranggapan bahawa peperiksaan tu sebagai tiket untuk korang melangkah ke mercu kejayaan.

6 Beranggapan bahawa diri korang sama seperti orang lain. Kalau orang lain boleh, kenapa korang tak boleh?

Baiklah, itulah dia tips nya. Semoga tips ni berguna buat korang semua yang bergelar pelajar! Semoga berjaya mengejar cita-cita korang ya!

P/S : "Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama mekanik yang tidak tahu membaiki kereta." - Saidina Uthman bin Affan

Kartun kredit : Mak Cik WeHeartIt
Adios xx_

6 comments:

  1. hahaha. thanks for this tips. sukanya rasa lepas exam. rasa lega yg teramat sangat. puas.

    ReplyDelete
  2. Cik Mimie jenis yang suka last minute...hahaha..esok exam, malam baru mula..xtidoooo..haish, rindu zaman belajar..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi result mesti gempak kan? Hehehe. Sama la, saya pun rindu nak belajar. Huhu. Tapi masih belum ada rezeki.

      Delete