Sunday, June 1, 2014

Wish


Kalau aku boleh buat permintaan,
dan terus ditunaikan.
Aku cuma nak satu benda sahaja.

Aku nak kerja tetap.

Betapa lelahnya bila tak ada kerja.
Sengsara.
Bukan juga, aku ada buat apa-apa
kat rumah ni.
Asyik menghabiskan makanan je.

Aku tak pinta lebih-lebih,
hanya itu sahaja yang aku inginkan.

Allahu.

P/s: Welcome, June.

Wednesday, May 28, 2014

Semangat yang hilang


Sinar mentari yang dulunya hilang, 
kini bakal bersinar kembali.
Alhamdulillah.

Kalau korang masih ingat entry aku pasal screen laptop
cracked tu. 
Baca sini. Itulah puncanya. Punca aku jadi bersemangat kembali.

" Mak nak baiki laptop Acer tu lah ".
Ayat yang terpacul keluar dari ulas bibir emak aku.
Allahu,
masa tu aku cover-cover senyum.
Hati rasa nak menari-nari sambil main gitar.
Gembira usah cakap.

Kerja aku yang terbengkalai tu,
bolehlah aku usahakan semula. Tapi aku berkira-kira untuk 
rangka cerita baru. Tapi, tengok dulu macam mana. 
Sebab aku tak yakin dengan cerita yang aku dah siapkan separuh jalan ni.
Mungkin patut letak tepi dulu.

2 bulan aku menunggu!


Sunday, May 25, 2014

Hiatus



Berdiam diri?
Tidak. Aku cuma mencari ketenangan jiwa,
damai di hati ini.

Kecewa?
Jauh sekali.
Untuk apa merasa kecewa,
meski secebis?

Keluhan,
hanya hati yang tahu.

Cuma Dia yang mengetahui.
Segala-galanya.


Monday, May 5, 2014

LIEBSTER AWARD


Terima kasih kepada yang tag aku Liebster Award ni, iaitu cik Hana & cik Anis. Demi Allah, aku tak tahu apa benda ni?
Join je lah.

The rules:

1. Mention the person who nominate you with her/his link to the website.2. Answer all the eleven questions asked.3. Nominate other eleven bloggers.4. Create eleven questions for them to answer.5. Notify your nominees.
Questions from Hana, Answers from me.

 1. Your comment about One Direction band. 
     One Direction? Sorry I'm not interested with them dear :)


2. What animal you would be if you're in Hogward.
    Hogward? What's that? Aku nak jadi harimau boleh?

3. Which one do you prefer, Man with clean face or mustache or beard or mustache +  beard? Why?
    Man with beard, ikut sunnah Rasulullah SAW. Nampak handsome bila ada janggut (tapi tak suka yang serabai gila) macam cik abang aku, handsome bila berjanggut, tergoda aku. Awww :3

4. What type of children that you would slap right on his/her face. *heartless question sorry*
    Nowadays, ramai budak yang kurang ajar, yang tak reti hormat orang lebih tua dari mereka. Jadi mereka yang patut diberi penampar.

5. If you could see the future, what woulf you hope to see yourself doing in 5 years?
    In Sha Allah, sudah berkerjaya dalam apa-apa bidang, janji halal. Bahagia di samping cik abang aku serta anak-anak dan.. kucing. Hehehe.

6. Why doesn't McDonald's sell hotdogs? 
    Sebab dah ramai peniaga/ restoran fast food yang jual hotdog mungkin? 

7. If London Bridge is still standing why is there a song about it falling down? 
    Kerana .. kerana dah memang begitu lagunya. Nak buat macam mana? Hoho.

8. What would you do if you could be invisible for one whole day?
    Menyelinap masuk ke book store dan baca novel/buku yang menarik sepuas-puasnya. Yihaaaa!

9. Do you think you’re attractive? Prove it.
    I am attractive? Oh no, aku ini orang biasa-biasa sahaja, tiada yang menarik.

10. What would people hear if they could read your mind? 
      Who-ah, they might crying out loud if they could read my mind!

11. If you could commit any crime and get away with it, what would it be?
     MEROMPAK BANK SELURUH DUNIA, boleh? :D


Questions from Anis, Answers from me.

Q: What's your favourite colour?
A: Black, white, lime, turquoise and green.

Q: Do you have sweater? #SweaterWether
A: Yeah, DropDead sweater and I love it much!

Q: What's your hobby?
A: Write poem, listening to music and reading.

Q: Will you exposed your blog to friends/family and strangers? why?
A: Hell no. Hahaha. Sebab.. aku banyak merapu dan kebanyakan cerita tentang kehidupan aku ada di sini. Read them.

Q: What's your dream guy?
A: I don't have a dream guy because my dream guy, no longer as my dream guy. He's mine now and forever ;)

Q: Do you wear make up?
A: I do, tapi tidak keterlaluan. Sederhana sahaja. Tak elok tabarruj.

Q: Did anyone ever call you fat/ugly and etc?
A: Pernah, they used to call me fat. How sad. Tapi, ada aku kisah? Yang penting aku bahagia.

Q: Did you like to read my blog? (honest!)
A: Of course, kalau tak buat apa datang singgah kat situ?

Q: Describe my blog.
A: One sentence, simple but nice.

Q: What kind of person are you?
A: Clumsy, sensitive, baik hati ( cisss ) , penyabar, pendiam, lebih banyak mendengar berbanding bercakap.

Q: Do you fell insecure?
A: Haha. Nope because I've got my hero, my bodyguard. That guy is my husband :)

THE END.
SORRY BECAUSE I'VE BROKE RULES NUMBER 3, 4 AND 5. KEKANGAN MASA SEBAGAI PENGHALANG DAN DAH JARANG BERADA DI BLOG. HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH :)

Semoga terhibur baca jawapan aku (tak boleh blah!)

Saturday, May 3, 2014

Untitled #2


Toleh kiri,                                                      
toleh kanan,
lihat sekeliling,
entah apa yang dicari.
Jari kaki menguis-nguis
tanah bumi dipijak,
tidak tahu apa yang digali.
Bukan aku tak mahu.
Bukan aku tak tahu,
apa yang dicari.
Cuma rezeki masih belum
mahu memunculkan diri
buatku.

Sunday, April 27, 2014

Brand New Day


Alhamdulillah,
Untuk segala-galanya.
Meski musibah hebat melanda diri,
aku terima dugaanNya.
Tidak pernah terlintas di fikiran apa yang Allah berikan kepadaku ini sebagai satu bebanan.
Malah aku berjanji pada diri untuk menggalas amanahNya ini sebaik mungkin.

Walaupun kadang-kadang aku rasa
sudah tak sanggup lagi, namun itu bukan alasan untuk aku mengalah.
Terlalu awal rasanya untuk mengangkat bendera putih.

Aku tidak keseorangan.
Ada yang sudi bersamaku untuk menjaga amanah ini.
Di setiap kedukaan yang merobek hati,
dialah penawarnya.

Tiada apa untuk aku kesali.
Kini aku bersabar dan terus bersabar.
Percaya di hadapan sana pasti ada
sinar bahagia dan penamat cerita yang baik buat diriku dan dirinya, 
yang sentiasa setia denganku.


Wednesday, April 9, 2014

Hide-and-Seek



Sembunyi-sembunyi.
Jika ia sebuah permainan,
memang seronok bila bermain.
Tapi,
yang ku hadapi,
ini bukan permainan.
Umpamanya aku ini seorang pelarian.

Puas sudah aku sembunyi sana sini.
Cover apa yang patut.
Aku tak tahu sampai bila,
aku akan "bermain" dengan "permainan" ini.
Sementarakah?
Atau selamanya?

"Bangkai gajah takkan dapat ditutup.
Lama-lama akan terhidu juga bau busuknya".
Ya.
Aku percaya dengan perumpamaan itu.
Buatlah apa-apa pun,
tutuplah rahsia tu macam mana pun.
nanti lama-lama diketahui juga.

Aku pasrah.
Aku reda.
Ini semua aku yang mahu.
Ini semua takdirNya.
Siapa aku mahu mempertikaikan
apa yang telah Dia aturkan buat aku, si insan hina ini?

Biarlah.
Aku dah penat.
Lelah.
Andai orang tahu.
Tak mengapa.
Aku hanya akan tersenyum.
Walaupun pahit. Pedar. Hambar.

Mereka tidak tahu apa-apa. Hanya berharap mereka mengambil pengajaran dari si bodoh ini.

P/s: Bloggerians, yang sudi singgah, jenguk, stalk blog aku ni. Terima kasih. Ber-blogging terpaksa diperlahankan aktiviti atas sebab hal yang tidak dapat aku elakkan. Bukan terus menghilang, masih di bumi nyata cuma tidak selalu muncul seperti dahulu. Buat yang klik-klik nuffnang, jangan risau. Akan dibalas kembali sebanyak yang boleh. In Sha Allah. Aku mungkin cuma akan sempat singgah blog-blog tertentu dalam masa yang terhad. Doakan semoga masalah aku selesai dan aku akan kembali seperti dahulu.

Saturday, April 5, 2014

Meditasi Diri


Hello korang.
I'm back.
Baru balik dari bermeditasi diri.
Cehh. Padahal aku kena chicken pox.
Ahahahaha.
Alhamdulillah, sekarang aku dah sembuh seperti sediakala.

Jadi, aktiviti ber-blogging aku yang tergantung selama lebih
kurang seminggu ni akan disambung kembali.

Buat yang sudi klik-klik nuffnang aku,
sepanjang ketiadaan aku di alam maya ni,
Terima kasih banyak-banyak.
Jasamu akan dibalas, segera.
In Sha Allah.

Apa-apa pun, keep blogging!

P/s: Otak aku tepu tak ada idea nak update, ni la entri yang paling ringkas.

Saturday, March 22, 2014

Gloomy Sunday


One sentence.
Tragic behind tragedy.
And, of course I'll never forget that tragedy.
Thus, I refuse to forgive myself for what I've done.

Tarikh yang tepat, aku tak ingat.
Tapi yang penting.
Hari Ahad.

Di hari itu, aku mulai menempuh,
suatu kehidupan baru.
Suka atau tidak.
Rela atau terpaksa, aku kena terima.
Menangis? Tiada apa untuk aku sesali.
Aku yang mahu sebegini jadi aku kena terima.

Maafkan aku, untuk segalanya.
Aku sedar, aku telah melukai hati banyak pihak.
Tapi, itu bukan niat aku.
Bukan.
Sudahlah aku langsung tiada mencipta momentum
yang hebat,
buat diri aku,
buat diri mereka.

Tapi,
Walau seteruk mana pun aku,
aku masih lagi, diberi peluang kedua.
Apa yang aku pasti, tiada ketiga. Pasti.

Jadi, di atas kesempatan itu.
Peluang yang terbentang luas ini,
tidak akan aku sia-siakan.
In Sha Allah.

Sebak dada aku.
Masih jelas di tubir mata meski samar-samar.


Thursday, March 20, 2014

Puisi: Mereka VS Aku


Mereka kata;
mengapa engkau ini,
membuat kesilapan bodoh
berganda dalam kehidupanmu?

Aku kata;
Tuhan menciptakan manusia
bukan untuk menjadi
sempurna tanpa kesilapan.

Jadi;
engkau siapa mahu
mencaci,
menghina,
sesama manusia?

I'm speechless.
Wordless,
for today.
Biar bait puisi ceritakan segalanya.
Aku penat.

Wednesday, March 19, 2014

Churp Churp!



Churp Churp? Aku baru join, hari ni.
Tapi, aku tak faham macam mana nak letak kat dalam blog ni.

Jadi, dengan rasa merendah diri, aku minta pertolongan macam mana nak pasang iklan
Churp Churp tu kat blog. Sebenarnya, dari tadi aku dah cuba buat, tapi tak juga dapat-dapat.

Aku di kala ini. Arghhh.

Tension.
Tengok tutorial pun tak dapat membantu aku.
Bengap terserlah, aku tak reti atau tutorial tu yang tak boleh dipakai sebab benda alah tu dah berupdate?
Ceh, nak salahkan benda lain pulak.
Dah tentulah sebab aku lambat pick up.

Aku ingat, dah ada Churp Churp ni, senanglah sikitkan. Ada duit poket sendiri.
Duit bukan boleh jatuh dari langit.
Jauh sekali aku nak meminta-meminta dengan orang.
Biarlah aku susah sendiri,
senang beramai-ramai.

Tolong aku ya korang? Hehehe!
Really need your help!

Monday, March 17, 2014

Si Muka Plastik


Dia senyum.
Dia ketawa.
Dia bercakap.
Dia mendengar masalah orang lain.
Tapi,
orang tak tahu.
Dalam diam,
dia simpan sendu tangisannya.
Seringkali memikirkan,
masalahnya sendirian.
Terhadap apa yang telah dia lakukan.
Terhadap masa depannya.

Selalu macam ni?
Aku juga. Selalu kerap. Terlalu kerap.
Bukan aku berpura-pura, tapi tiada yang akan memahami situasi aku.
Tiada. Melainkan, orang itu sudah pernah berada dalam situasi getir yang aku hadapi.

Dan aku selalu
macam ni.

Aku rasa, yang faham mungkin cuma Allah Azza Wa Jala.
Dan, dia seorang.
Bila dia,


Dan cakap;
"Sabar, ini semua ujian untuk kita."
Segala perlakuan, percakapan & nasihat dia,
aku semat dalam hati.
Dia benar.


Sunday, March 16, 2014

Ego Bersulam Rindu



Seringkali terjadi begini.
Entah untuk kali ke berapa.
Andai kau tahu,
aku rindu kau. Rindu teramat.
Tapi,
kerana ego. Rindu aku padamu itu dipandang sepi.
Kerasnya hati aku.
Degilnya aku.
Aku tahu kau tak layak terima layanan aku sebegini,
tapi sisa sakit hati itu memaksa aku berbuat demikian.
Maafkan aku.
Aku, menyesal.

Aku bukan suri hatimu yang baik.
Aku teruk. Masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki.
Berharap kau beri aku peluang.
Ya, peluang.
Hanya itu yang aku inginkan.

Well, korang pernah gaduh dengan pasangan? Ya, aku sedang mengalaminya.
Perang gaduh suami isteri lah katakan. Hmm.
Aku berharap sangat semua ni berakhir dengan cepat.
Sebab, aku rindu. 
Ya, aku rindu dia.

Thursday, March 13, 2014

Bisikan Rindu


Bila kekasih merindui,
si dia akan menghubungi
dan bertanya khabar.
Berbual denganmu,
untuk meleraikan rindu
yang berbuku di hati.
Bila Allah
merindui diri kita,
Dia memberi kita,
sebuah ujian.
Agar kita,
mencariNya,
mengadu kepadaNya.
Dia rindu,
hendak mendengar doa
dan rintihan hambaNya.
yang telah lama tidak
mencari diriNya.
Saat terdengar telefon bimbit berdering, laju je kan kita angkat panggilan telefon tu? Lebih lagi bila,
kekasih/tunang/suami/isteri yang telefon diri kita.
Tapi bila Allah panggil kita, cepat tak kita sahut panggilanNya?

Bila kita senang, ada tak kita luangkan masa walau sesaat untuk mengucapkan "Alhamdulillah"?
Atau, hanya bila kita susah, baru kita terhegeh-hegeh nak bentang sejadah, menadah tangan, pohon doa kepadaNya?

Allahu Rabbi,
masih banyak lagi kelemahan diri aku.
terlalu jauh antara aku dengan Allah.

Semoga Allah masih menerima diriku. Aku mahu berhijrah. 
Dari jahat kepada baik. Cukuplah aku jahil untuk masa lalu, tapi tidak untuk masa hadapan.

Quote: If God answers your prayer, He is increasing your faith. If He delays, He is increasing your patience. If He doesn't answers your prayer, He is preparing the best for you.

Tuesday, March 11, 2014

Sekeping hati, secebis harapan


Sekeping hati,
terluka.
tercalar.
Kerana sebuah kenyataan nyata
tidak dapat diterima.
Secebis harapan,
hilang
berlalu pergi.
tanpa punya apa-apa lagi.

Kadang-kadang aku rasa aku ni lifeless.
Macam tak ada function je aku kat sini.
Tapi aku sedar,
Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan seseorang hamba itu.

Jadi,
aku cuba bertahan.
Meski aku sakit,
aku tak kuat.
Aku tahu Allah itu ada di sisiku.
Begitu juga si dia.
Dan juga orang yang masih menerima dan memerlukan aku.
Sentiasa ada.

Walau mereka tak pernah ungkapkan,
aku tahu.
Dan aku

Sunday, March 9, 2014

Misteri



Dah 3 hari. Tapi bayang pesawat MH370 masih belum memunculkan diri.
Walaupun tak ada ahli keluarga aku kat dalam pesawat tu, terselit rasa sebak. Sedih.
Aku mengerti perasaan mereka yang "kehilangan" ahli keluarga. Kalau aku sebahagian dari mereka,
aku juga tidak akan gagah untuk mendengar berita itu.

Mungkin,
doa kita semua belum cukup kuat untuk "memulangkan" kembali
pesawat tersebut. Oleh itu, kita kena terus berdoa. Tanpa henti.
Mungkin Allah SWT merindui seluruh umat-Nya bersatu, dalam doa.

Aku tak nak cakap banyak mengenai isu ni.
Aku cuma diam. Memerhati. Membaca. Menilai.
Kalau aku ada 'teori' mengenai kehilangan pesawat tu pun, lebih baik berdiam diri.
Sebab, aku tak mahu jadi seperti sesetengah orang suka menyebar cerita itu, ini pasal
MH370 walhal langsung tak sahih.

Amaran dari pihak polis.


12 krew kapal MH370

Buat rakyat Malaysia yang tak berperikemanusiaan, sebelum nak post sesuatu tu, 
fikir dulu pakai otak.
Allah dah beri otak untuk berfikir, jadi gunakan ia.
Jangan cakap ikut sedap kau je. Belas kasihanlah dengan ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Cukup mereka terguris dengan kehilangan mereka, jangan ditambah lagi dengan kata-kata kau
yang menyakitkan hati di alam maya ni.

La Tahzan, Innallah Ma'ana.


Saturday, March 8, 2014

Susah




Susahnya bila,
kita ni jenis sensitif.
Semua benda kita nak cepat terasa.
Walaupun hal kecil.
Mudah terasa hati.
Segera berdiam diri.

Susahnya bila,
kita ni jenis suka menangis / tersentuh hati.
Orang cakap sesuatu yang menyentuh jiwa kita,
Bertakung air mata.
Meleleh membasahi pipi.

Susahnya bila,
kita ni jenis suka berimaginasi bukan-bukan,
sesuatu di luar jangkauan kita.
Biasa-biasa je tak mengapa,
ini yang merepek segala.

Susahnya bila,
kita ni jenis yang terlalu fikir masa lalu.
Terbayang-bayang.
Seolah dihambat masa silam.
Setiap kali seorang diri,
kenangan yang lalu menerjah ke otak.
Perkara yang tidak wujud
ketika dalam situasi itu,
Terikut sekali.
Realiti bercampur imaginasi.

Hmm.
Susah, susah.

P/s: Itulah aku. 
       
Apa-apa pun, let's #PrayForMH370. Semoga individu yang terlibat dalam penerbangan tersebut berada di bawah lindungan Allah SWT senantiasa. Semoga berita gembira menerjah ke telinga ahli keluarga terlibat. "Kun Fa Ya Kun". Sesungguhnya bila Allah SWT berkehendak sesuatu itu terjadi, tiada siapa yang dapat menghalangnya. La Tahzan, Innallah Maa'na.

Thursday, March 6, 2014

Coret-coret: Peluang





Andai dapat diundurkan masa,
akanku pastikan ini tidak terjadi.
Namun,
apa yang telah terjadi,
tetap terjadi.
Tidak bisa diundur lagi.
Andai aku diberi peluang,
Tidak akan ku lepaskan.
Biarkan begitu sahaja.
Andai aku diberi peluang,
ingin aku menghulurkan tangan,
memberi sebuah pertolongan.
Namun,
apakan daya.
Aku hanya mampu mendengar,
suaramu,
keluhanmu.
Tanpa mampu berbuat apa-apa
buatmu.
Maafkan aku.

Wednesday, March 5, 2014

Impian





Setiap orang punya impian.
Begitu juga aku.
Impian aku,
tidak tinggi menggunung.
Tidak juga,
tak mampu digapai dek tangan.
Namun
Tuhan lebih mengetahui.
Impianku;
Hancur.
Lebur.
Dalam sekelip mata.

Hopeless? Mungkin. Tapi aku masih mengharap.
Cuma aku bimbang mengharap pada benda yang tak pasti.

Impian aku yang belum direalisasi itu?
Menghasilkan sebuah novel.
Aku dah siapkan story board.
Aku dah mula menaip, lebih kurang 14 bab.

Tapi, malangnya..
Laptop Acer yang digunakan tu screen dia crack teruk! (adik aku punya kerja)
Masa aku tau,
seolah terlihat impian aku dah terbang jauh.
Semangat pun down.

Dan aku terus berhenti mengarang novel aku tu, walaupun di hati membentak suruh habiskan.
Dan aku tengah menunggu, mak aku baiki laptop Acer tu.
Aku memerlukan laptop tu sekarang! Sekarang! Sekarang!

Tuesday, March 4, 2014

Sekadar Bertanya





Aku sekadar bertanya. Tentang sesebuah situasi. Namun berlainan watak.


Situasi 1

Kau bergelar ibu/bapa. Mempunyai keluarga bahagia. Memiliki anak lelaki & perempuan.
Kesemuanya telah akil baligh. Entah di mana silapnya, suatu hari kau mendapat perkhabaran buruk.
Anak perempuan kau mengandung, luar nikah.

Namun, lelaki yang terlibat & keluarga lelaki itu datang mahu bertanggungjawab.
Menyelesaikan segalanya.

Apa yang akan kau lakukan?
Terhadap anak perempuanmu?
Terhadap si lelaki itu?

Situasi 2 

Kau seorang perempuan.
Selama ini kau menjaga keperawanan kau sebaik mungkin.
Tapi entah mengapa, akhirnya kau menyerahkan perawanmu, kepada teman lelakimu.
Kerana, kau terlalu mencintainya.

Suatu hari, kau mendapat berita.
Kau telah mengandung, luar nikah.
Hasil dari bukti cinta dengan teman lelakimu.
Teman lelaki kau menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab.
Sanggup untuk menikahi kau, yang sudah mengandung benihnya.

Namun, apa yang terlintas di fikiranmu wahai perempuan?

Situasi 3

Kau bergelar seorang lelaki.
Bukan niatmu, mahu menyentuh seorang perempuan
sebelum tiba masa.
Tidak dapat mengekang nafsu membara,
Kau & teman wanitamu tenggelam.
Dengan nikmat dunia.

Suatu hari, teman wanitamu menyatakan dia telah mengandung.
Hasil dari bukti cinta kau & dia.

Apa yang kau akan lakukan?

Situasi 4

Kau bergelar seorang anak.
Berstatus luar nikah.
Bukan salahmu, bukan dosamu.

Tapi kau juga harus menanggung bebannya.
Terpalit dengan cacian, makian, hinaan semata.

Lantas, apa yang kau akan lakukan?

Cuba korang selami jiwa mereka. Merasakan apa yang mereka rasa.
Cuba.

P/s: Bergenang air mata aku, di saat aku menaip situasi ini.

Monday, March 3, 2014

Ceritera Hidup




i.
Ada manusia,
dulu hidupnya susah.
Tiada siapa mahu memandangnya.
Namun,
semangat tidak putus asa,
dia bangkit.
Mencari rezeki.
Bermandi keringat.
Akhirnya, dia berjaya membina empayar buatnya sendiri.

ii.
Ada pula,
hidupnya mewah.
Dilimpahi harta benda sedari kecil.
Kerana terlalu leka,
dan merasakan harta tidak akan habis.
Dia hilang pedoman.
Lupa pada dunia,
Segala-galanya.
Akhirnya,
di penghujung hidupnya
dia muflis.

Kita mahu yang hidup yang bagaimana? Tanya diri sendiri.


Sunday, March 2, 2014

Tak Jadi




Hi semua~
Terima kasih sebab sudi singgah ke blog ini & baca entri aku.
Lebih lagi entri "Untitled #1" sebab jiwang! Hahaha *gelak jahat*
Ada yang muntah pelangi tak baca entri tu? Hihi.

Well,
aku kata nak merajukkan.
Tapi...
tak jadi.

Hah?
Pulak dah?
Kenapa?
Nak merajuk apa lagi,
Cik abang aku tu dah tercongok kat rumah. Balik jugak akhirnya. Ingat tak nak balik dah. Aku tak ada paksa dia balik pun, tapi dia call aku, dia kata "sayang, hubby balik ni pergi Labuan hari ni (Sabtu)."

Aku?
Terkedu,
bercampur gembira.
Suka betul dia tu buat surprise.
Suprise sangat.
Sanggup jugak balik walaupun serba serbi kekurangan bajet.

Tapi,
yang penting bagi aku, dia balik. Dia jumpa aku. Sekurang-kurangnya demam rindu aku tu dah
kebah. Hehehe.

P/s: Esok dia dah balik semula ke KK. Sekejapnya *sedih
xx_

Friday, February 28, 2014

Untitled #1



Aku sedih.
Aku kecewa.

Dia kata padaku,
dia rindu.
Tapi, seolah dia mengabaikan aku.
Ada yang lebih pentingkah dari aku?

Aku nak merajuk dengan kau, boleh?
Sementara je. Bukan selalu aku merajuk dengan kau.
Aku perempuan, jadi aku sensitif.
Mudah terasa hati
bila kau tak layan aku dengan cara yang sepatutnya.

Biarlah kami saling merindui begini,
Duduk berjauhan.
Aku tak mengharapkan dia balik kali ini.
Jika balik sekalipun,
tapi hati aku ni dibalut kecewa,
tak ada guna.

Izinkan aku bawa diri untuk beberapa hari.
Izinkan aku untuk tidak menghubungi kau untuk beberapa hari.
Tapi aku tak merajuk lama.
Kejap je.

Sebab?
Aku rindu kau.
Pulanglah.

P/s: Buatmu yang aku sayang.

Thursday, February 27, 2014

Hari Terakhir





Tik tok!
Pantasnya masa berlalu.
Antara sedar
atau separa sedar.
Kita semakin ke hadapan.
Membuka lembaran baru,
setiap hari.
Kita semakin tenggelam,
dalam mengejar arus masa,
yang semakin berputar
pantas.

Hari ni, hari terakhir dalam bulan Februari 2014.
Jatuh pula pada hari Jumaat yang Barakah.
Alhamdulillah.
Semoga Allah SWT memberkati hari terakhir ini.

Kita pula, jangan terlalu leka. Kena selalu peka, dengan apa-apa sahaja. Akhirat jangan lupa! Masa sekarang ni, bagi aku dah tak berjalan macam dulu lagi.
Ni dah kira tahap lari pecut. Sedar-sedar je dah nak masuk bulan Mac.
Eh, azam korang tahun ni dah tercapai ke belum untuk setakat ni? Hehehe.

P/s: Aku belum ada azam lagi!

Puisi di atas itu karya picisan ku.
xx_

Serapuh daun




Manusia itu;
ibarat daun.
Pada mulanya,
tumbuh mekar di pokok.
Daun malar hijau.
Cantik.
Meliuk lentok
tatkala di tiup angin sepoi-sepoi bahasa,
mencorak irama,
terhasil desiran.
Namun;
tiba masanya,
daun itu semakin layu,
bertukar warna.
Saat itu;
Pabila ditiup angin,
gugur.
Di atas tanah,
lalu mereput.

Kita ni ibarat daun. Hari mekar hijau, esok dah layu layuan. Akhirnya mati. Tapi sebelum kita menghadap Pencipta kita Yang Maha Esa tu, perbanyakkan amalan. Kita tak tahu bila giliran kita. Bila-bila masa sahaja boleh dipanggil. Tapi, bersediakah kita?

Yang kat atas tu aku buat sendiri.
Hentam saja lah labu! Puisi ke apa ke, aku sendiri tak pasti.
Hehe.

Adios xx_

Tuesday, February 25, 2014

TEMBAK TEPAT: Kecantikan Diri VS Kehendak Diri


Tadi aku baru je lepas belek surat khabar Harian Metro versi Sabah milik emak aku, main cilok je lepas tu pulangkan balik. Hehehe. Dalam banyak-banyak artikel kat surat khabar tu, di hadapan muka surat tu la yang paling menarik perhatian aku.

Kenapa?



Sebab sekarang ni fenomena 'membetulkan' wajah dah mula menular di kalangan artis Malaysia. Kes terjangkit dengan artis Barat dan Korea la. Aduh, muka dah elok-elok ada yang semula jadi handsome/cantik nak perbetulkan lagi buat apa? Dengan alasan, hidung senget lepas jatuh waktu persembahan la, masalah resdung la. Macam-macam. Kalau bukan Islam buat macam tu, aku tak kisah. Tapi yang beragama Islam? Eh, kan berdosa mengubah ciptaan Allah.

Tak salah nak kelihatan cantik dan manis di hadapan orang ramai, tapi janganlah terlalu mengikut kehendak diri. Terang lagi bersuluh, nafsu. Nafsu membuak-buak nak cantik. Bagi aku, lebih baik memakai mekap tebal berinci-inci (bila ditampar muka beliau boleh jerebu sekeliling) berbanding perbetulkan muka ni.

Bagi aku, kecantikan asli itu lebih indah berbanding yang dimasukkan segala macam benda kat muka tu. Bersyukur dengan raut wajah yang Tuhan dah berikan. Kena la jaga elok-elok. Bersyukur juga sebab kita diciptakan sempurna, tak ada cacat cela jadi tak perlu nak perbetulkan bahagian itu ini.

Apa yang aku nak cakap, tahan la kehendak diri terhadap keobsesan nak kelihatan cantik, yang asli itu lebih cantik. Percayalah.

Adios, xx_

Monday, February 24, 2014

Laman Sosial

Assalamualaikum, hello, hi korang!

Segalanya di hujung jari. Yeah, hari ni segala-galanya di hujung jari. Taip-klik-dapat. Nak berhubung dah tak perlu nak pakai surat, pakai burung merpati (cehh, aku tak pernah cuba) macam zaman dulu-dulu. Sekarang ni burung merpati pun masih wujud jugak, tapi dah canggih, namanya Twitter. Betul?

Tapi sayang,
segalanya yang canggih ini tidak digunakan dengan cara yang betul oleh sesetengah pihak. Selalunya, budak-budak sekolah yang ber IQ rendah berkongsi benda-benda tak senonoh tu di Internet. Ingat orang suka ke tengok aksi panas korang tu dik? Menyampah ada, siap kena kutuk lagi. Ambil gambar berpeluklah, comolot lah, cium kaki girlfriend (aku rasa dah serupa lembu, tapi lembu lagi pandai rasanya dari kau) & segala macam benda yang tak senonoh juga yang nak ditayangkan (bangga barangkali). Dari kongsi gambar-gambar sedemikian rupa, baik kau kongsi sesuatu yang boleh menambahkan saham pahala kau.


Cakap pun tak guna, kalau jenis jenis manusia yang macam ni sudah tentunya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Malas nak ulas panjang lebar, masing-masing dah besar mesti tahu baik buruk.

Baiklah, sebenarnya aku nak kongsi laman sosial yang aku gunakan. Aku rasa, terlalu banyak aplikasi penghubung sesama manusia ni wujud. Tapi aku pakai berapa kerat je. Malas nak pakai banyak-banyak, sama je fungsi dia. Antara yang aku pakai :-

Facebook : Suatu ketika dahulu popular, tapi sekarang seolah dipandang sepi. Kesian. Aku mula guna benda ni masa tahun 2010. Sekarang dah slow, dah tak rajin update.

Twitter : Burung yang paling popular. Aku seorang yang gila tweet (korang yang ada Twitter pun mesti sama jugak). Apa yang aku rasa, tweet. Nampak, tweet. Tapi tak banyak mengarut, merepek, mencarut ya. Berpada-padalah juga.

Blog : Yang ni, sebenarnya aku dah pernah buat blog suatu ketika dahulu. Tapi aku dah padam (kes aku tak pandai cari followers, masih budak hingusan dan banyak sangat merepek). Tapi kini, aku kembali berblogging!

WeChat : Aplikasi ni sangat terbaik. Kenapa? Korang tak boleh batak hot kat situ. Hahaha. Yang boleh tengok moment korang punya like, cuma korang sorang je. Orang lain tak boleh (melainkan kalau ada mutual friend)

Instagram : Baru juga pakai, tapi Insta aku banyak gambar makanan yang menggiurkan. Mampu membuatkan perut korang berkeroncong kalau tengok lama-lama. Hahaha. Ya, aku suka makanan!

Apa-apa pun, janganlah salah gunakan lama sosial ni. Nanti korang sendiri malu (melainkan kalau muka korang tu jenis tembok China, memang tak tahu malu!)

P/s: Bila aku kata dah follow korang, tapi belum sebenarnya sila beritahu di cbox. Maklumlah, pandai terlepas pandang juga. Sebab terlalu banyak bloggers yang aku follow bila blogwalking. Kerana aku insan biasa.
Adios, xx_


Sunday, February 23, 2014

Tips: Peperiksaan

Hi korang semua!


Semalam dah update, hari ni update lagi. Wah, gila semangat. Tapi hari ni bukan curhat. Hari ni aku nak kongsi tips untuk bebudak yang menghadapi peperiksaan. Nampak ketinggalan? Biarlah! Blog aku ni. Baca je la ya! Tambah pengetahuan korang (sengih kambing).

Selagi korang masih belajar tu, memang tak dapat lari dari peperiksaan, kan? Mana boleh lari, dah nama pun belajar, mesti ada sedikit ujian untuk menentukan tahap kefahaman korang tu di mana. Sama ada korang betul-betul faham atau buat-buat faham je sebenarnya. Haaa. 

Ok, ni ada tips apa yang perlu dielakkan & perlu dilakukan untuk korang yang bakal menghadapi peperiksaan.

ELAKKAN

1 Memikirkan perkara-perkara yang boleh mengganggu fikiran & ketenangan diri korang - gaduh dengan boyfriend/girlfriend, gaduh dengan kawan, gaduh dengan kucing tolak tepi dulu.

2 Menganggap bahawa peperiksaan itu susah - dah nama pun peperiksaan, mana ada benda senang dalam dunia ni. Hahaha (gelak jahat)

3 Berfikir tentang masalah yang mungkin korang temui selepas peperiksaan.

4 Berfikir tentang kegagalan yang mungkin bakal diterima selepas peperiksaan.

5 Takut pada peperiksaan - peperiksaan tak makan korang, dia cuma tanya soalan je.

6 Membuat perbandingan antara kebolehan diri korang dengan rakan-rakan yang lain.

LAKUKAN

1 Tumpukan sepenuh fikiran korang terhadap peperiksaan.

2 Beranggapan bahawa segala soalan peperiksaan adalah soalan-soalan yang korang dah buat sebelum ni.

3 Beranggapan bahawa peperiksaan itu hanya menguji sesuatu yang korang dah baca.

4 Bayangkan keseronokan yang bakal korang alami bersama keluarga ketika menerima keputusan.

5 Beranggapan bahawa peperiksaan tu sebagai tiket untuk korang melangkah ke mercu kejayaan.

6 Beranggapan bahawa diri korang sama seperti orang lain. Kalau orang lain boleh, kenapa korang tak boleh?

Baiklah, itulah dia tips nya. Semoga tips ni berguna buat korang semua yang bergelar pelajar! Semoga berjaya mengejar cita-cita korang ya!

P/S : "Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama mekanik yang tidak tahu membaiki kereta." - Saidina Uthman bin Affan

Kartun kredit : Mak Cik WeHeartIt
Adios xx_

Jalan Penyelesaian



Semakin lama, 
aku semakin buntu.
Aku keliru dengan sekeliling.
Aku keliru dengan segala-galanya.
Ingin aku menangisi nasib,
namun aku tahankan.
Apa yang Tuhan beri,
ini ujian buat aku.
Apa yang aku ingin dari manusia di sekelilingku?
Tiada apa yang aku pinta, 
melainkan;
fahami aku.
Jangan di caci aku yang hina ini.
Bimbing aku, aku telah tersesat jauh.
Selama ini aku karam dengan nikmat duniawi semata.




Hari ni, aku buat 'curhat' (curahan hati). Aku sebenarnya sangat-sangat memerlukan seseorang, untuk aku luahkan perasaan. Sebenarnya, aku dah ada seseorang yang boleh aku luahkan perasaan. Tapi, aku tak sampai hati kalau asyik nak mengadu dekat dia. Dia banyak benda lagi nak kena buat. Sekarang, dia busy dengan kolej, amali, assignment, kerja part time dia. Kesian pula aku tengok. Jadi aku pendam.

Benar kata orang, kalau kita pendam masalah kita. Memang sakit. Kita memang perlukan seseorang untuk mendengar. Tapi kena pandai memilih, takut nanti orang yang kita percayai tu, bocorkan kat orang lain. Tak semua orang kita boleh percaya zaman sekarang ni. Tapi dengan dia, aku percaya.

Siapa dia yang aku maksudkan? Suami aku. Ha? Terperanjat? (Buat yang baca entri ni)
Tak payah la terkejut. Hehe. Akan datang, aku akan ceritakan tentang diri aku, ok?
Tapi tak 100%

Adios xx_

Friday, February 21, 2014

8 C BUAT LELAKI BENCI WANITA

Assalamualaikum & selamat pagi Sabtu.

Aku malas nak celoteh panjang-panjang (bukan ada orang baca pun kan). Jadi aku nak straight to the point. Kali ni aku nak kongsi pasal hero-hero kat luar sana untuk perempuan, terutama yang tengah hangat bercinta ataupun bertunang. Hihi.

Jangan ingat lelaki tak kisah dengan teman wanita dia. Mesti dia ambil kisah punyalah! Ni ada 8 C yang boleh membuatkan lelaki benci dekat perempuan.

1- CABAR

Lelaki ada ego tersendiri. Jadi dorang ni tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan korang agar lelaki tidak rasa tercabar. Kita wanita memang suka cabar lelaki kan? Jangan! Contoh ayat mencabar: "Kalau awak tinggalkan saya, ramai lagi yang nakkan saya.." Berani cakap, berani tanggunglah bila teman lelaki korang tinggalkan korang. Lelaki pantang dicabar.

2- CABUL

Aipp! Bukan cabul yang tu ya. Ni cabul lain. Cabul bermaksud perilaku sumbang teman wanitanya tak kira kepada teman lelakinya sendiri mahupun keluarga lelaki itu. Sikap tak malu wanita macam ni akan membuatkan si lelaki akan tawar hati dan sekali gus meletakkan wanita macam ni pada senarai akhir mereka untuk dijadikan isteri.




3- CELUPAR

Tak guna muka cantik tapi mulut celupar. Apa gunanya raut wajah cantik rupawan tapi mulut celupar tahap "longkang".

4- COMOT

Ada ramai wanita cantik tapi comot. Comot ni melibatkan banyak benda, macam wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan dan tindak tanduknya. Sebagai contoh, wanita mungkin merasakan mereka tidak perlu lagi berhias kerana sudah memiliki kekasih hati tetapi berhati-hati kerana takut lelaki tak tahan dengan penampilang wanita yang comot.

5- CEMBURU

Cemburu memang perlu dalam sebuah perhubungan. Tak cemburu, maka tak sayang betul? Tetapi perempuan jangan terlampau cemburu hingga teman lelaki merasa terkongkong dan akan membawa padah kepada hubungan korang. Ini boleh menyebabkan lelaki rasa diri dorang tidak dipercayai. Jadi, kurangkan perasaan cemburu supaya hubungan korang mesra dan aman.

6- CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu, wanita perlu mengawal percakapan. Lelaki paling tak suka bila teman wanitanya cerewet tak bertempat (mohon jotos kepala awek korang kalau perangai dia macam ni)

7- CINCAI

Ni lagi satu, lelaki tak suka teman wanitanya ambil remeh tentang semua perkara. Baik dari segi berhias, menjaga percakapan, memasak, mengambil hatinya dan pembawaan diri. Sikap macam ni akan membuatkan dorang memikirkan berkali-kali untuk menjadikan perempuan macam ni sebagai suri hatinya.

8- CUAI

Kebiasaannya lelaki tak suka jika teman wanitanya cuai terutama apabila ia melibatkan masa (ye ke ni?). Misalnya apabila lelaki mahukan sesuatu perkara, dia mahukan temannya menyediakan seperti apa yang diminta. Bukan menyediakan sesuatu yang tidak menepati pilihan dan cita rasa dorang.

Itulah 8C nya. Jadi perempuan di luar sana, take note! Jangan ambil mudah pasal teman lelaki korang ya.
Adios xx_

Thursday, February 20, 2014

PANTANG LARANG

Assalamualaikum & hi korang.

Hm, nampaknya blog aku masih tak ada kemajuan (tepuk tangan). Followers belum bertambah lagi (walaupun aku dah minta orang followback aku semula). Orang yang sudi follow aku balik pun sorang je (Alhamdulillah). Mungkin aku kurang singgah ke blog orang dan blogwalking, sebab tu tak ramai yang sedar tentang kewujudan blog aku ni (tak mengapa).

Baiklah,
hari ni, izinkan aku merepek boleh? (walaupun aku sedar tak ada pun yang nak baca!)
Ada aku kisah?

Pantang larang orang dulu-dulu ni. Ada betulnya jugak kan?
Nak bagi contoh, terlalu banyak. Korang pun mestilah tahukan apa pantang larang?
Mesti ada yang masih ikut pantang larang orang dulu-dulu ni. Macam aku. Hikss.


Antara pantang larang orang tua-tua dulu ialah :-

"Anak dara jangan menyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan orang tua."

Haa, sebenarnya tak lah betul sangat pun kahwin dengan orang tua. Maksudnya kat sini, jangan menyanyi masa memasak, nanti air liur masuk dalam masakan. Ye la, dah seronok menyanyi mana sedar air liur memercik keluar. Hahaha.

"Jangan potong kuku waktu malam, nanti cepat mati."

Ni aku pernah dengar, sebenarnya bukan cepat mati (sebab aku selalau jugak potong kuku malam-malam, tak "mati" pun. Hehe.)

"Jangan balik lewat Maghrib, nanti kena sorok dengan hantu."

Haa, kena sorok dengan hantu tutt (sensor) katanya. Betul ke? Wallahualam. Sebenarnya kan tak elok kalau masih bermain bola kat padang tapi azan Maghrib dah berkumandang? Bukan saja-saja je muazin tu melaungkan azan tau! Kenalah hormat azan (bukan waktu Maghrib je, waktu lain pun kena hormat jugak)

Aku rasa, masih banyak lagi pantang larang orang tua dulu-dulu yang masih korang amalkan, betul?
Cuma persoalan aku di sini, masih relevan kah? Hehehe. Tepuk dada, tanya otak.

Adios xx_

Sunday, February 16, 2014

25 PERKARA ITU


Entri kali ni, 
sebab kenapa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada.

1. Korang masih ada keluarga dan bukannya anak yatim piatu mahupun terbiar tanpa ada arah tuju.

2. Korang sihat dan nak bernafas pun tidak perlu dibayar, segalanya percuma.

3. Korang tak perlu tidur beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.


4. Korang masig boleh mendengar muzik, menghidu bau makanan yang sedap belaka dan bergosip sampai puas.

5. Ada member untuk diajak makan bersama, dihubungi ketika bosan dan untuk diajak berjalan-jalan pada hujung minggu.

6. Masih ada kesempatan untuk bersekolah. Biarpun terpaksa penat mengulang kaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan, tapi percayalah ramai orang yang mengimpikan tempat korang sekarang ini.

7. Korang masih mampu ketawa menonton filem komedi.

8. Menangis bila melihat sesuatu yang mengharukan biarpun tak ada kena mengena dengan korang (tonton filem sedih, hidustan, lihat video/gambar yang menyayat hati dan sebagainya). Ini bermakna korang ialah manusia yang ada perasaan.

9. Korang masih ada kesempatan dan mampu membelikan hadiah untuk teman, keluarga dan orang teristimewa.

10. Korang teringin nak menonton filem yang bagus, cuma tinggal pergi menonton di pawagam. Nak pergi tengok konsert artis idola korang, cuma tinggal nak beli tiket dan pergi ke konsert.


11. Korang boleh membaca dan mendapat banyak perkara dan ilmu yang korang peroleh dari membaca.

12. Hidup di negara yang bebas perang. (Tak seperti negara-negara yang dilanda perang)

13. Korang teringin nak makan makanan Jepun, Itali, China atau apa sahaja, korang boleh pergi ke restoran yang terdekat.

14. Korang memiliki teknologi-teknologi yang canggih membuatkan hidup bertambah mudah.

15. Korang ada bakat tertentu? Bersyukurlah sebab bukan semua orang mampu melakukan apa yang korang lakukan. 

16. Korang bebas untuk memakai apa sahaja mengikut citarasa korang dan keinginan korang. Senang cakap, korang mampu mengisi almari pakaian kamu seperti yang diingini.

17. Di dunia ni tak ada orang yang boleh menyerupai korang. Sekalipun korang anak kembar pasti ada perbezaan. Jadi bersyukur dilahirkan unik dan tiada pendua/klon.

18. Setiap kali korang ada kesempatan untuk melihat dunia lain misalnya melancong ke negara orang atau negeri orang, manfaatkanlah sebaik-baiknya. Bukan semua orang boleh dapat apa yang korang dapat.

19. Korang mampu membuat orang lain ketawa, rasanya tidak akan ada perkara yang lebih baik dari itu.

20. Korang masih hidup sehingga ke hari ini dan alasan ini semestinya sudah cukup kuat untuk kamu bersyukur.

21. Korang masih ada tempat untuk mengadu masalah serta kesedihan yang sedang dihadapi.

22. Pokai macam mana pun korang, korang masih ada makanan untuk dimakan.

23. Setiap kali korang bosan ada banyak lagu-lagu yang sedia menemani korang. Cuma nak pilih mengikut citarasa korang je.

24. Setiap kali korang melakukan kesalah pasti akan ada yang sedia untuk membetulkan kesalahan korang kerana tidak mahu kamu tersungkur dengan kesalahan yang telah kamu lakukan.

25. Korang bebas memilih apa yang kamu inginkan dalam hidup asalkan korang rajin dan berusaha keras untuk mendapatkannya.

Adakah korang masih tak bersyukur lagi? Renung-renungkanlah.
Adios xx_

Gambar kredit : weheartit.com